Thursday 3 January 2013

Kolej Komuniti MTB Jamboree 2013 - Pengenalan

Salam buat semua rider MTB.
Tahun ini, Kolej Komuniti Segamat akan menganjurkan satu acara MTB Jamboree bagi menggalakkan komuniti sekitar untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat.
   Pada tahun 2011, Kolej Komuniti Segamat pernah menganjurkan Mini MTB Jamboree yang pada awalnya hanya menyasarkan penyertaan seramai 100 orang peserta, tetapi telah mendapat sambutan lebih 200 orang peserta serta mendapat feedback yang bagus sekali.

OBJEKTIF
1. Memupuk gaya hidup sihat dikalangan belia dan juga komuniti
2. Membentuk dan membangunkan sahsiah pelajar, remaja dan komuniti
3. menjalinkan satu ikatan kemasyarakatan dalam komuniti
4. memperkenalkan Kolej Komuniti kepada komuniti luar

JOM...KITA RAMAI-RAMAI JOIN...

No comments:

Post a Comment